Sunday 13 September 2015

KONSEP PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam ialah satu proses mendidik, membentuk serta melatih individu dalam pelbagai aspek jasmani, rohani, akal, akhlak dan kesedaran sosial bagi melahirkan manusia yang sempurna, beriman, berakhlak mulia, berbadan sihat, berilmu dan berkemahiran dalam kerjaya.Konsep pendidikan Islam ialah konsep pendidikan rabbani yang bersumberkan bimbingan Ilahi. Pendidikan Islam dapat melahirkan manusia yang baik dan bertanggungjawab pada diri, keluarga dan masyarakat demi mencapai kebahagiaan hakiki dengan berpandukan wahyu daripada Allah s.w.t. Malah, Rasulullah s.a.w. telah memperkenalkan konsep pendidikan seumur hidup, belajar dan mencari ilmu sepanjang hayat tanpa membezakan lelaki dengan wanita.

No comments:

Post a Comment